Berikutan peristewa peralihan kuasa kerajaan negeri Perak, berbagai cerita dapat kira dengar dan baca mengenai kisah derhaka, dan siapa pula derhaka kepada siapa. Perkataan derhaka ini mengikut fahaman saya amat berat ertinya. Kita diajar sejak kecil lagi, jangan sekali kali kita menderhaka kepada kedua dua ayah dan ibu kita. Ketika bersekolah, kita juga di ingatkan jangan menderhaka kepada raja. Setelah dewasa, tak ramai pula yang mengingatkan kita, atau kita sengaja buat lupa terhadap kemungkaran dan penderhakaan kita kepada Allah SWT yang kita lakukan seharian, samada sedar atau tidak sedar.
Saya rasa dalam isu derhaka ini, eloklah kita muhasabah diri sendiri, dan bagi kita mengenalpasti penderhakaan kepada siapa yang perlu kita jauhkan samasekali, serta mengetahui apakah balasan yang akan kita terima kelak. Bagi saya, sudah tentu derhaka kepada Allah SWT yang amat kita takut sekali, dan akan kita usaha jauhinya samasekali. Ini di ikuti oleh derhaka kepada kedua dua ayah dan ibu saya. Tidakkah kita di ingatkan bahawa meninggikan suara sedikit pun kepada ayah dan ibu kita boleh dianggap satu perbuatan derhaka?
Sekarang, dimana pula letaknya soal derhaka kepada raja raja? Saya berpendirian bahawa dalam peristewa yang berlaku di Perak itu, tindakan mereka menyuarakan bantahan terhadap keputusan Sultan Perak itu bukan satu penderhakaan, tapi luahan hak bersuara setiap individu terhadap sesuatu yang tidak dipersetujui mereka. Saya percaya sebagai orang Melayu yang penuh beradap, protes mereka itu bukan kepada raja dan institusi raja itu, tetapi terhadap keputusan raja. Sudah tentu terdapat perbezaan disini.
Saya juga ingin tahu adakah perbuatan membantah keputusan raja itu menyalahi undang-undang negeri? Apa yang patut dilakukan sekira sesaorang ingin membuat sesuatu bantahan mengenai keputusan raja? Apa dan bagaimana saluran nya?
Rata-rata, mereka yang telah membantah itu dari gulongan bangsa Melayu terutama nya. Bansga lain amat berhati-hati, dan hanya Karpal Singh sahaja yang amat lantang menyuarakan pendiriannya dalam isu penyingkiran MB Perak Dato Seri Mohd Nazir oleh Sultan Perak, hingga sanggup menyaman Sultan? Adakah ini di anggap satu penderhakaan juga?
Sehubungan isu derhaka menderhaka ini, terlintas pada akal saya satu persoalan, iaitu mengapa orang Melayu tidak berani membuat protes dengan melaungan berbagai slogan kepada ayah atau ibu mereka, sekiranya membuat sesuatu keputusan yang salah terhadap mereka? Begitu juga, mengapakah orang Melayu tidak berani membuat protes kepada Allah SWT, jika terdapat sesuatu ‘keputusan’ dari Nya yang tidak sejiwa dengan mereka? Mengapa pula orang Melayu berani protes keatas keputusan raja? Apakah rasional nya? Mana lebih besar dosa nya?
Jawapan pada soalan diatas sudah tentu ada pada setiap pembaca saya, dan tidak perlulah saya menjawab disini. Dan kepada mereka-mereka, terutama ahli-ahli politik yang telah banyak membangkitkan soal derhaka menderhaka ini, eloklah muhasabah diri, dan bertanya, kepada siapa kah yang mereka banyak membuat derhaka……kepada raja, ayah dan ibu, atau kepada Allah SWT? Oleh itu jangan lah terlalu mudah menuduh sesaorang itu dengan perkataan DERHAKA.
CRUSADE AGAINST CORRUPTION
Posted at 2 pm on Feb 16, 2009
Showing posts with label raja/rakyat. Show all posts
Showing posts with label raja/rakyat. Show all posts
Monday, February 16, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
