Wednesday, November 19, 2008

PROJEK TANAMAN CENDAWAN KAMPUNG PETA, ENDAU ROMPIN, JOHOR

1. PENDAHULUAN
1.1 Cendawan di definisikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein, vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium dan Posforus yang penting untuk kesihatan badan. la juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi, ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan.
1.2 Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai, tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.

2. PENGENALAN
2.1 Projek tanaman cendawan ini telah didapati berpotensi untuk diusahakan dan menguntungkan. la boleh diusahakan secara sambilan atau komersil memandangkan ianya mudah dijalankan kerana tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak. Ianya tidak memerlukan modal yang banyak dan sesuai untuk penduduk Kampung.

3. OBJEKTIF
3.1 Projek ini bertujuan untuk menjana dan menambah pendapatan sampingan di kalangan masyarakat Orang Asli Kampung Peta, Endau Rompin Johor.
3.2 la juga bertujuan untuk mengujudkan minat mereka untuk menceburi bidang pertanian dan ternakan ini sebagai satu bidang pekerjaan sampingan.
3.3 Mempromosikan Kampung Peta, Endau Rompin,Johor sebagai pusat pelancongan dan pertandingan.
3.4 Memperkenalkan dan memperluaskan projek tanamam cendawan kepada masyarakat pribumi di seluruh negara.

4. STRATEGI
4.1 Pihak Kelab Buaya Puchong 4x4 akan memberi bimbingan dan bantuan dari segi kewangan, pengawasan dan teknikal.
4.2 Di samping itu Kelab Buaya Puchong 4x4 sebagai pembekal blok cendawan projek ini.
4.3 Kelab Buaya Puchong 4x4 menyediakan pasaran dan khidmat nasihat kepada peserta projek.
4.4 Kelab Buaya Puchong 4x4 akan menentukan dan mengenal pasti pasaran dan pemasaran hasil projek.

5. KONSEP PROJEK
5.1 Kelab Buaya Puchong 4x4 akan mengeluarkan modal untuk perbelanjaan permulaan seperti blok asas cendawan dan benih.
5.2 Kelab Buaya Puchong 4x4 akan memberi pendedahan kepada masyarakat Orang Asli Kampung Peta melalui bengkel yang disediakan.
5.3 Keuntungan projek akan dibahagi kepada 50% untuk masyarakat Orang Asli dan 50% untuk ahli Kelab Buaya Puchong yang melabur sahaja. Pembahagian keuntungan ini adalah berpandu kepada keuntungan bersih projek.
5.4 Pihak Kelab Buaya Puchong 4x4 akan membeli cendawan daripada projek dengan harga pasaran yang ditetapkan sebelum dipasarkan.
5.5 Penglibatan Orang Asli hanya menyediakan pondok cendawan dan penjagaan daripada perosak.

6. PENGURUSAN PROJEK
6.1 Saiz Projek
Setiap isi rumah akan diberi bantuan 100 blok cendawan secara percuma untuk diusahakan pada peringkat permulaan untuk satu pusingan modal. Walau bagaimanapun penambahan blok bagi pusingan modal seterusnya hanya bergantung pada rekod prestasi keuntungan hasil projek keluarga masing-masing.
6.2 Reban/pondok
Peserta dikehendaki membina reban/ pondok untuk menampung jumlah 1000 blok cendawan tersebut.
6.3 Pasaran
Setiap peserta akan menjual hasil mereka kepada Kelab Buaya Puchong 4x4, sebelum dipasarkan pada pasaran.
6.4 Perakaunan
Semua urusan perakaunan/kewangan akan dikendalikan oleh Kelab Buaya Puchong 4x4.
6.5Jenis-jenis cendawan
Tiram Kelabu

7. PASARAN PRODUK
Pasaran produk adalah di dalam dan di luar Negara, mengikut harga pasaran semasa.

8. SYARAT-SYARAT PROJEK
8.1 Penyertaan projek ini berdasarkan minat dan semangat kesukarelawan masyarakat kampung yang terlibat serta ahli Kelab Buaya Puchong 4x4.
8.2 Kemajuan dan peningkatan projek ini adalah bergantung pada rekod hasil projek dalam satu pusingan modal.
8.3 Modal keseluruhan projek adalah 100% daripada Ahli Kelab Buaya Puchong 4x4.
8.4 Hanya kelab Buaya Puchong 4x4 sahaja yang membekal blok cendawan kepada projek. Mana-mana sumber lain selain daripada Kelab Buaya Puchong maka isi rumah tersebut akan diberi amaran sebanyak tiga kali sebelum penyertaan dalam projek ini dibatalkan serta-merta.
8.5 Penduduk kampung tidak dibenarkan mengambil hasil atau menjual hasil projek tanpa kebenaran Kelab Buaya Puchong 4x4. Jika didapati melanggar arahan ini maka isi rumah tersebut akan dikehendaki membahagi keuntungan kasar hasil penjualan tersebut (bergantung pada kiraan satu blok cendawan) kepada kelab sebanyak 50%. Serta isi rumah tersebut akan diberi amaran sebanyak tiga kali sebelum penyertaan dalam projek ini dibatalkan serta-merta.
8.6 Hanya Kelab Buaya Puchong 4x4 sahaja yang menentukan pemasaran dan penjualan hasil projek ini.
8.7 Setiap isi rumah yang bersetuju dalam dengan projek ini hendaklah bertanggungjawab memastikan setiap blok cendawan mengeluarkan hasil pendapatan.

9. LATIHAN/ KURSUS
9.1 Di peringkat awal, beberapa ahli Kelab Buaya Puchong 4x4 dihantar kursus penanaman cendawan sebelum dihantar ke Kampung Peta untuk member! tunjuk ajar kepada penduduk tempatan.

10. KESIMPULAN
Projek penanaman cendawan seumpama ini secara langsung dapat menambah sumber pendapatan dan memperbaiki taraf ekonomi masyarakat Orang Asli di Malaysia. Di samping boleh meningkatkan minat penduduk agar menceburi bidang pertanian.

Disediakan oleh:
JAWATANKUASA
TANAMAN CENDAWAN KAMPUNG PETA KELAB BUAYA PUCHONG4X4

2 comments:

captazhar said...

When was the last time someone here has visited an orang asli village? Has anyone ever wondered what is happening to this segment of our community?

maurice said...

Came across a few orang asli villages deep in the jungle of Perak during the Emergency days.Don't think they have changed much because they are so isolated from the main stream of our society.

But I would like to draw the sad story of the Orang Asli in Kampung Pencala closer to our KL city centre.

The Orang Asli folks in Pencala are given a bungalow house each per family plus ASB savings by Dato Mustaffa of MK Holdings for giving his company the right to develop their native lands into a massive shopping and housing project called Damansara Perdana.

I think the Orang Asli there are not given a fair deal since the bungalows and ASB savings are considered a pittance compared to the profits generated from the massive Damansara Perdana Project.

The state government at that time failed to protect the rights and interest of the Orang Asli.Probaly the MB and the EXCO worked in cahoot with Dato Mustafa at that time!