Monday, February 9, 2009

BERSATA MENGHAPUSKAN KONTREK RUNDINGAN TERUS DALAM KERAJAAN

Baru ini saya telah menerima komen dari saorang pembaca blog saya, meninta saya memulakan penulisan saya dalam bahasa Malaysia. Saranan ini adalah baik kerana saya tahu ramai diantara pembaca blog saya adalah bekas perajurit saya, yang rata rata lebih cenderong membaca dalam bahasa Malaysia. Penulisan saya dalam bahasa Inggeris selama ini tidaklah bermaksud untuk meninggirkan bahasa saya sendiri.......jauh sekali. Malahan dalam banyak urusan harian saya, saya menggunakan bahasa Malaysia melebihi dari bahasa Inggeris.

Baru sebentar tadi, saya menerima emel dari saorang rakan yang turut memperjuangkan penghapusan rasuah dikhalangan penjawat kerajaan dan orang politik. Beliau menyatakan masih ada usaha dikhalangan penjawat kanan kerajaan untuk memberikan kontrek melalui tender rundingan terus (selective tender).

Sepertimana yang telah saya nyatakan terdahulu (semak artikal saya bertajuk 'Mindef-Stop this selective bidding' bertarikh Feb 3 dan 'To believe or not to believe' bertarikh Jan 23), saya dengan tegas menyatakan bahawa tender rundingan terus ini terdedah kepada perbuatan salah laku (abuse) dikhalangan pihak yang meluluskan tender tersebut. Ia juga satu cara untuk memperkayakan kroni, dan saya yakin tender rundingan terus banyak merugikan wang kerajaan. Bagaimana tidak, kerana harga sesuatu kontrek itu hanya diketahui oleh pembida dan kementerian sahaja. Tidak akan ada tawaran harga dari pembida yang lain.

Saya telah menasihati rakan saya supaya mengemukakan aduan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) jika benar terdapat mana mana kementerian kerajaan meneruskan pemberian kontrek secara rundingan terus. Kita tidak harus gentar untuk berterus terang dan memaklumkan kepada KSN sesuatu perkara yang hanya akan mendedahkan kepada salah laku penjawat kerajaan, selain merugikan wang kerajaan. Saya juga percaya bahawa KSN turut tidak merastui lagi sistem kontrek rindingan terus di amalkan di kementerian kerajaan.

Melalui blog ini, saya turut menjemput sesiapa saja yang ada mempunyai maklumat mengenai salah laku penjawat kerajaan dalam urusan pemberian kontrek rundingan terus, untuk bersatu mengemukan aduan kepada KSN, supaya rundingan terus ini di basmikan samasekali.


CRUSADE AGAINST CORRUPTION
Posted at 3.15 pm Feb 9, 2009

3 comments:

WaliMuar said...

Dato,
Thank You for your immediate respond to write in Bahasa Malaysia,.....hidup Melayu.

ArshadRaji said...

Saudara Walimuar,

Thanks. You may be interested to view http://angkatantentera.blogdrive.com. Seronok juga. Kita boleh contribute pendapat/pandangan kita.

komando said...

Dear Sir, it is an honor to have a good commander like you, keep going.