Friday, February 13, 2009

BANGSA KU YANG MALANG

Tidak pernah terlintas di hati ku bahawa bangsa ku ini akan di cemuh, di perkatek dan di selubungi dengan penuh kehinaan oleh bangsa ku sediri. Mana tidak, lihatlah apa yang sedang berlaku sekarang. Bukan kah bangsa ku yang menghentam, memperkecil dan menyindir orang-orang dari bangsa ku sendiri. Bangsa ku yang kaya akan terus manjadi kaya, mengaut segala di hadapan mata nya, dan yang miskin tetap merempat tanpa mendapat perhatian dari bangsa ku yang kaya raya.

Orang politik dari bangsa ku sekarang tidak boleh di harap lagi. Mereka sedang tergila gila merebut kuasa. Tidak kira apakah caranya, asalkan dapat kuasa. Contoh nya sudah ada, dan saya tidak tahulah samada mereka ini senang mendapat kuasa dengan itu. Akan terasalah diri mereka sendiri, samada mereka disukai atau tidak disukai.Orang ada kata, dengan adanya kuasa, adalah kaya. Mungkin itulah sebabnya bangsa ku tergila gila merebut kuasa.

Memang benar kata arwah ayah ku; jangan sekali kali awak jadi orang politik kerana politik itu ganas. Kalau nak berbakti kepada bangsa dan negara, masuklah tentera dan kalau mati berperang, nama tetap akan disanjung oleh bangsa mu buat selama lamanya. Dia tidak menyatakan pula, apa yang hendak dikata keatas orang politik yang mati; samada dia disanjung atau disangkar. Mungkin ayah ku tidak mahu menaruh perasaan buruk sangka terhadap orang politik, dan pernah juga dia mengatakan hormat nya kepada Tengku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr. Ismail.

Rata rata sahabat ku yang berbangsa Cina dan India tidak pernah mengatakan perkara perkara buruk secara terus terang mengenai bangsa ku, di hadapan ku. Mungkin mereka menghormati ku. Tapi yang nyata sekali, mereka tidak gemar dengan suasana politik sekarang. Bila mereka persalahkan orang politik, aku faham siapa yang dimaksudkan. Sudah tentu bangsu ku, dan bagaimana pula hendak ku pertahankan kerenah bangsa ku sekiranya apa yang mereka kata kan itu benar. Bukankah kuasa politik itu ditangan bangsa ku?

Mereka sendiri menyebut bahawa bangsa ku kaya. Lihat lah PNB, Tabung Haji dan syarikat syarikat GLC. Semuanya dikepalai oleh bangsa ku. Tapi macam mana bangsu ku tetap di paras rendah dalam perniagaan dan kekayaan? Aku tidak tahu menjawab kerana aku bukan saorang peniaga. Aku tersentak bilamana aku diberitahu bahawa bangsa ku tidak gemar melihat kebawah, tetapi hanya melihat keatas. Apa maksudnya mu, lantas aku bertanya.

Jawapan yang diberikan pada ku senang sahaja. Bangsa mu itu bila dah kaya raya hanya menolong bangsa mu yang kaya sahaja. Tidak langsung memandang kebawah. Itu lah maksudnya. Memang benarlah, perkataan kroni itu tepat diajukan kepada bangsa ku.

Apa lah malang nya bangsa ku ini.


CRUSADE AGAINST CORRUPTION
Posted at 12.30 am Feb 13, 2009

4 comments:

maurice said...

Memang tidak bolih dinafikan Bangsa Melayu masih banyak mempunyai kelemahan jika dibanding dengan bangsa-bangsa lain.

Gejala-gajala seperti rasuah,womanizing,no integrity, malas kerja and like to enjoy only adalah sinonim dengan orang-orang Melayu yang berkuasa.

Kelemahan kelemahan tersebut senang di expoloitasi olih pihak-pihak tertentu yang mempunyai sumber kewangan yang besar.

Mohd Arshad Raji said...

Dear Maurice,

Saya dah lama, muak dengan gelagat orang politik melayu terutama UMNO. Bilalah mereka akan sedar.

maurice said...

Dato,

Dalam pandangan saya gelagat tersebut adalah hasil dari kebudayaan kita sendiri dan ideoloji kapitalisme-liberalisme yang dianuti pada masa ini yang membenarkan 'survival of the fittest.'

Dibarat dengan tamadun mereka yamg lebih tua, telah menghasil kesedaraan tanggungjawab sosial yang lebih tinggi terhadap masyarakat mereka jika dibandingkan dengan negara-negara membangun seperti Malaysia.

Besar kemungkinan tamadun dan kebudayaan kita yang muda ini masih tidak mampu meghasilkan nilai-nilai sosial dan kemasyaraktan yang tinggi di kalangan kelas pemimpin kita dalam iklim kapitalisme-liberalisme.

Ini adalah hipotesis saya.Ianya memerlukan penyelidikan dan pengajian yang lebih mendalam lagi.

Jika hipotesis saya itu benar maka nampaknya 'we are doomed' kecuali pucuk pemimpin kita sedar dan mahu membuat sesuatu yang drastik.

aofuad said...

Jeneral,
Memang bangsa kita malang.
Malang kerana kemalangan kita sendiri.
We are so subservient to our superiors that we neglect the greatest superior of all, Allah Taala.
Sometimes i wonder, how come, for a race that is based on Islam, we have all these idiosyncracies?
In one instance they subscribe to the oneness of God Almighty, but in the other instance they Derhaka to HIM.
The God that created mortals has never preached the supremacy of one mortal to another...all humans are equal before HIM....
Something is just not right for us.
Are we doomed to the dogs?
Who is doing something to stop this rot?