Monday, February 9, 2009

MASAKAN UNIK ORANG JOHOR

Saya telah beristerikan saorang rakyat Johor berketurunan bugis. Terus terang saya nyatakan bahawa perkahwinan saya itu bukan berlandaskan keturunan isteri saya, tetapi kepada kepintaran masakan keluarga isteri saya, terutama ibu mertua saya yang telah memperturunkan resepi masakan nya kepada isteri saya, dan seterusnya kepada anak saya.

Tanya lah orang Johor samada mereka pernah makan beryaini gum, dan jawapan mereka, sudah tentu. Dan masakan beryiani gum Johor ini tidak sama dengan masakan beryiani gum kedai mamak. Hanya sesudah menjamah nya sahaja yang akan menentukan perbezaan diantara beryiani gum Johor dan beryiani mamak.

Satu lagi masakan unik orang Johor ialah Arisa. Generasi moden Johor ramai yang tidak tahu masakan Arisa ini, yang amat termasyhur dikhalangan 'orang istana' pada satu ketika dahulu. Masakan Arisa ini dikatakan berasal dari negeri Arab, dan bagi mereka yang menjamahnya buat kali pertama, sudah tentu tergila gila dengan masakan ini. Apa tidak, kerana ianya enak dan tidak ada tolak bandingnya dengan masakan lain.

Dari segi minumun pula, pernah atau tidak saudara dengar minuman air beh. Saya boleh jangkakan bahawa ramai orang Johor tidak mengetahui nya, kerana air ini tidak terdapat dimana mana kedai runcit di Johor. Air Beh ini merupakan sejenis cordial (sama seperti syrup) yang ramuan nya diperbuat dari sejenis akar kayu bernama 'sesiak'. Saya tidak tahu nama Inggeris nya tetapi ia berbentuk lalang. Akar nya dikeringkan dan direbus bersama gila bercampur ramuan lain. Kelazatan air beh ini terletak pada rasa dan bau air bila diminum. Saya pernah menjamu kawan kawan dengan minuman ini, dan mereka sudah tentu akan bertanya mengenai minuman ini.

Sebulan yang lepas, saya serta isteri telah dijemput menghadiri jamuan teh dirumah sepupu isteri saya di Petaling Jaya. Diantara tetamu yang hadir ialah bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato Jaafar Onn and bekas pegawai TUDM Brig Jen Arif Awang. Ketika makan, saya di tanya oleh Lt Jen Dato Jaafar Onn samada saya berasal dari Johor, dan saya jawab tidak dan saya nyatakan isteri saya berasal dari Johor.

Dimeja makan yang sama juga, isteri saya pula ditanya salasilah keturunan nya. Isteri saya menyatakan bahawa datuk nya ialah Menteri Besar Johor Kedua Datuk Abdullah Jaafar. Mendengar akan jawapan isteri saya ini, Lt Jen Dato Jaafar Onn memulakan cerita salasilah keluarga nya serta hubungkaitnya dengan datuk isteri saya.

Sebenarnya saya sudah pun mengetahui salasilah keturunan isteri saya dan hubungkait nya dengan keluarga Dato Onn Jaafar sejak mula saya berkahwin lagi. Tetapi saya tetap mengasing diri keluarga saya dengan keluarga Lt Jen Dato Jaafar Onn semasa beliau bertugas dulu kerana takut saya dikatakan cuba mendapatkan 'patronage' dari nya. Apalah saya ini, seorang dagang yang ingin menumpang hidup dengan keluarga Datuk Abdullah Jaafar, yang saya sendiri tidak pernah mengenalinya semasa hayatnya.

Saya amat berbangga bilamana isteri saya diberikan oleh ibu nya satu cenderamata kepunyaan Dato Jaafar Hj. Mohammad (datuk kepada ibu mertua saya) yang masih kekal dalam simpanan kami. Cenderamata itu sekarang berusia 120 tahun dan ia akan menjadi simbol talian kekeluargaan kami dengan pembesar pembesar Johor zaman silam.

Sekira mana mana pihak ingin mengetahui salasilah kekeluargaan Datuk Jaafar Hj. Mohammad, sila layari www.siapamoyanganda.com


CRUSADE AGAINST CORRUPTION
Posted at 8.13 pm Feb 9, 2009

2 comments:

Anonymous said...

Dato,
Meleleh air lior dengor cerita u berkenaan masakan Johor, saya cuma nak confirm aje.Kat Johor tu kalau bukak kedai makan mesti masakannya sedap kalau tidak alamat tutup le ni cerita kampung saya Muar.Dulu girlfriend saya pun bugis juga dari Pontian tapi tak ada jodoh nak buat macam mana.....macam cerita dalam lagu S.M. Salim tu....Ha girlfriend saya ni lagi hebat suku sakat Tuanku Sultan Johor katanya.....wallahhuaalam.Keturunan saya hebat juga........iaitu atuk saya keturunan Pendatang Haram.

Mama Vogue said...

Salam

Dato'


Saya juga anak jati Johor yg berketurunan Bugis dari sebelah ayah saya. Ayah saya telahpun meninggal dunia. dahulunya arwah seorang guru silat. tentang masakan Johor ...ya...saya sangat gemar memasak masakan Johor terutama masakan Johor yg lama2 seperti buryani gam, buryani nadiah, harisa, membuat sendiri air beyh dll masakan tradisi Johor yg byk dah luput. Saya juga punya blog masakan Johor yg mana saya tampilkan secara detail mengenai masakan Johor dan apa jua tentang Johor.