Thursday, December 29, 2011

JAMIL KHIR - DIMANA LETAKNYA KEJUJURAN ANDA

SEORANG AMIL KENA JEL EMPAT TAHUN,TIGA ROTAN KERANA SALAHGUNA WANG ZAKAT. BAGAIMANA PULA DENGAN MENTERI?
Oleh Datuk Mat Zain bin Hamzah

Penulisan ini, adalah lanjutan kepada perkara salahguna wang zakat MAIWP.

Seorang amil bernama Reduan Mohd.Said(Reduan) berusia 28 tahun, telah dikenakan hukuman penjara empat tahun dan menerima tiga sebatan, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Mejistret Kulai, Johor pada 2 November 2011,kerana telah melakukan pecah amanah wang zakat berjumlah RM19,510.00 diantara 16.8.2010 hingga 4.9.2011.

Ketika kejadian, tertuduh dikatakan merupakan seorang imam disebuah Masjid di-Kulaijaya.Beliau dikatakan dilantik sebagai amil oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi mengutip zakat fitrah dan derma anak yatim di-Daerah tersebut.

Hukuman dijatuhkan oleh Mejistret Zaiton Anuar, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya,A Karthiyanini.Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Reduan dilaporkan telah menyerah diri di-Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya, setelah pihak Polis menyiarkan gambar beliau dalam televisyen dan akhbar untuk mengesan dan menangkap beliau.

Persoalannya:

Sekiranya Polis Johor, sanggup bersusah payah menyiasat,mengesan, termasuk menyiarkan gambar saspek dalam televisyen dan akhbar, sehingga tertangkapnya Reduan dalam kes diatas, dan dihadapkan kemuka pengadilan, kerana menyalahguna wang zakat RM19,510.00,maka sewajarnya Polis Kuala Lumpur juga, mengambil tindakan yang serupa dalam kes salahguna wang zakat MAIWP, berjumlah RM 32,150.00 oleh Dato Seri Jamil Khir,Dato Che Mat Che Ali dan En.Shamsuddin Hussain.

Reduan dihukum sedemikian kerana kesalahan salahguna wang zakat.Jamil Khir,Che Mat dan Shamsuddin juga telah salahguna wang zakat.Persoalannya mengapa tindakan terhadap dua kes sama berat ini berlainan?.Dalam undang-undang semua orang mempunyai hak samarata dan patut dilayan samarata.Jika dikenakan tindakan pula, hendaklah adil dan saksama.Dalam Al’Quran pun begitu juga.

Saya percaya, Reduan telah menyerah diri kepada Polis, setelah gambarnya tersiar di-televisyen dan akhbar, akibat malu serta aib yang amat sangat, kerana beliau sebagai seorang imam disebuah Masjid telah menyalahgunakan wang zakat fitrah, yang beliau tahu , sepatutnya diagihkan kepada gulongan asnaf,fakir miskin dan anak yatim.Beliau insaf bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa besar mengikut Al Quran.

Reduan mengambil tanggungjawab akan kesalahan itu, serta mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan.Dilaporkan beliau sedang menjalani hukuman undang-undang jenayah. Manakala Undang-Undang Allah pula,Wallhua’lam.

Dengan contoh yang ada dihadapan mata sendiri sekarang ini,kita tunggu dan lihat sama ada Jamil Khir,Che Mat dan Shamsuddin akan mengambil tindakan “gentlemen” yang sama, sepertimana dilakukan oleh Reduan.Dengan menyerah diri mereka dan hadapi pertuduhan, ataupun mereka akan mencabar peruntukkan undang-undang dan Al’Quran.Ataupun mereka akan terus cuba menegakkan benang basah masing-masing dan menyalahkan orang lain pula.

Kita berharap Jamil Khir tidak akan memberi “standard reply” sepertimana Menteri-Menteri lain yang bermasaalah,menjawab akan menyerahkan perkara tersebut untuk diputuskan oleh Presiden Parti atau Perdana Menteri.

Saya percaya rakyat juga menunggu reaksi Polis dalam menangani kes ini,sama ada tindakan yang mereka kenakan terhadap Reduan, akan dikenakan juga keatas Jamil Khir,Che Mat dan Shamsuddin,tanpa memilih bulu sepertimana yang Bukit Aman sering janjikan.

Sekiranya Pendakwa Raya memutuskan apa yang dilakukan oleh Jamil Khir dan dua yang lain, bukan merupakan suatu kesalahan jenayah,maka jelas beliau mengamalkan pendakwaan berpilih,kerana beliau telah pun menuduh Reduan bagi kesalahan menyalahguna wang zakat awal bulan lalu.

Kita akui Pendakwa Raya mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan pertuduhan jenayah, namun beliau tidak ada kuasa untuk mengubah hukum yang telah ditentukan dalam Al’Quran.

Polis dan Pendakwa Raya wajar sedar, bahawa Jamil Khir dan dua yang lain itu,yang terlebih dahulu menyalahgunakan wang zakat itu, dengan amaun yang lebih banyak dalam bulan April 2010, jika dibandingkan dengan penyalahgunaan oleh Reduan pada bulan Ogos 2010 dengan amaun yang lebih kecil.Mungkin Reduan terikut-ikut jejak langkah Menteri.

Penutup.

Sekiranya Jamil Khir,seorang Menteri yang bertanggung jawab keatas hal ehwal,kemajuan dan pembagunan Agama Islam,tidak sanggup untuk berkurban menggunakan harta beliau sendiri untuk sementara waktu sahaja, sedangkan beliau mampu,tetapi lebih rela menyalahgunakan wang zakat pula, oleh kerana beliau mempunyai kuasa,maka….bagaimanakah kita mengharapkan Muslimin,yang kais pagi,makan pagi untuk berkurban menegakkan Islam?.

Sebelum kita mencabar orang lain,lebih bermunafaat jika kita sama-sama memperelokkan sikap kita sendiri terhadap Islam dahulu.Janganlah asyik bimbang dengan ancaman-ancaman yang tidak ujud atau sengaja diujudkan,kononnya ada pihak lain yang cuba merosakkan Islam,sedangkan Menteri dan Pegawai-Pegawai Kanan yang dipertanggung jawabkan menegakkan syiar Islam sendiri, yang menjatuhkan maruah dan kesucian Islam.

Wassalam.


CRUSADE AGAINST CORRUPTION

9 comments:

eli said...

BOTTOM LINE.

A curse from ALLAH on 'ulamak' who is in position but miserably failed to advise the 'songsang' leaders on ALLAH supreme law - HUDUT.

FKM MOSES said...

As salam,kejujuran dah tak ada tak kira orang tu alim ulamak atau tak. Tak kira penganut ugama apa. Tapi bagi kes ini ia sungguh memalukan.DATO NAJIB dimana anda, senyap aja, sila beri komen anda dlm hal ini, SEMUA YG TERLIBAT DLAM HAL NE TERUTAMA KEMENTERIAN berkenaan harus dikenakan tindakan tatatertib/ letak jawatan aja. DARI anak QM MOSES

FKM MOSES said...

As salam. Kalau perkara ne sah, DATO NAJIB bertanggungjawab. Dah berapa minggu tiada tindak balas dr beliau.Ne lah kalau dlm ATM naik pangkat express dan dlam kerajaan pun express semua tindakan pun nak ambil express. UKUR BAJU DIBADAN SENDIRILAH .

kampong lad said...

hukum allah dan undang2 sivil hanya boleh digunapakai terhadap rakyat marhaen. mereka ni ada kekebalan (immunity). inilah islam versi malaysia. wikipedia ada menerangkan erti K-F-R (bahasa arab) & hypocrisy & juga jenis2nya. walaupun mereka ni ada kuasa pemerintah, tapi mereka bukanlah 'custodian of islam'.wassalam

Mika Angel-0 said...

It is no fun to loose - no fun at all.

You win solja boy. Bullseye all the way.

Congrats

Mika Angel-0 said...

A Brigadier-General deserves his Datukship.

Nice photo, Dato'

Arunzab said...

Dato'
Apa punya ulamak ini buat malu pada pangkat Lt Jen. Remember the saying " You can take the man out of the gutter, but you cannot take the gutter out of the man. A bit of Taliban justice is called for here, sebat sampai MAMPUS

Wildman said...

Masa dalam askar pun perangai dah tak betul, inikan pula bila dah bertaraf menteri. Lagi banyak peluang menyeleweng.

matsingkong said...

Previously, I was ashamed of being a Malay...now feeling ashamed being a muslim..........how can I can face my non muslim friend,a creation of Allah?